Best Blogger Template
Best Blogger Template

FALSAFAH & PIAGAM SEKOLAH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN




"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."




FALSAFAH SEKOLAH
Berusaha ke arah mengembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh bagi membolehkan mereka menjadi insan yang CEMERLANG, memiliki ciri-ciri terpuji, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis, berilmu pengetahuan, lihur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

PIAGAM SEKOLAH

KAMI WARGA
 SEKOLAH KEBANGSAAN PENDAS LAUT JOHOR BAHRU 
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM 
BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN 
SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK


Memastikan system pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat, Kementerian Pendidikan, bangsa, agama dan negara agar tercapai matlamat Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020
¨
Memastikan kami peka dan responsive kepada kehendak dan keperluan pelanggan dengan memberikan layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami
¨
Memastikan sekolah ini dapat menyediakan tempat belajar yang selesa kepada anak didik dan bimbingan yang sewajarnya dengan kerjasama pelanggan
¨
Memastikan system pendidikan di sekolah ini menghasilkan anak didik yang mempunyai personaliti positif, bermotivasi dan berketrampilan demi meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum
¨
Memastikan guru-guru sentiasa berdedikasi, beriltizam, berdisiplin, bertanggungjawab, inovatif dan produktif supaya dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa
¨
Memastikan kami sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik dan kokukulum.


Alamat Sekolah:

SK Pendas Laut,
Peti Surat20,
81550 Gelang Patah, Johor Bahru.