Best Blogger Template
Best Blogger Template

KATA ALUAN


En Zainudin Bin Omar
Guru Besar
SK Pendas Laut





SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG DARIPADA GURU BESAR


Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia. 
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mentadbir seluruh alam.

Saya adalah Guru Besar yang ke-22 di SK Pendas Laut bermula pada 2014.                     
Saya mengucapkan  ribuan terima kasih  kepada semua guru kerana berusaha membuat serta memanfaatkan Blog SK Pendas dan laman sosial Facebook SK Pendas Laut di samping Laman Sesawang SK Pendas Laut yang sedia ada.

Blog dan laman sosial facebook merupakan salah satu keperluan informasi terkini yang digemari oleh golongan generasi muda dan masyarakat pada masa ini. Di atas kesedaran ini pihak sekolah menyediakan laman blog dan facebook untuk mereka. Begitu juga sistem pendidikan kita akan berubah dari semasa ke semasa mengikut kehendak dan keperluan masyarakat dunia pada masa akan datang.

Ibu bapa, guru dan masyarakat atau sesiapa sahaja boleh melayari blog ini dan memberi pendapat mereka yang baik dan berguna untuk kebaikan bersama. Program keantarabangsaan dan kolaborasi  dengan sekolah-sekolah dalam dan luar negara juga dapat direalisasikan di samping dapat menjalin persahabatan dan meningkatkan  kemajuan  dan  kecemerlangan  sekolah.

Saya mengharapkan barisan guru dan staf bersama-sama saya mengekalkan prestasi  budaya  kerja berpasukan dalam usaha membantu murid-murid mengekalkan GPS terbaik dan keputusan cemerlang dalam  peperiksaan terutama UPSR.  SK Pendas Laut merupakan sekolah luar bandar yang  berjaya  mengekalkan lulus 100%  tiga tahun berturut-turut dalam UPSR (tahun 2010-2013) dan sifar LINUS. Sekalung  tahniah kepada semua murid yang berjaya, guru-guru yang dedikasi, ibu bapa, PIBG dan semua  pihak yang membantu menjayakan program kecemerlangan sekolah.

Semoga melalui blog sekolah ini juga dapat membantu para guru bertukar-tukar pendapat, ilmu dan pengalaman dengan guru-guru dari sekolah lain dalam menjayakan pelbagai program terutama Program Perdana Kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malasyia seperti NKRA, MBMMBI, KSSR, 1Murid 1Sukan dan lain-lain dari semasa ke semasa. 

Kami juga mengalu-alukan pengunjung blog dan semua pihak memberi sumbangan artikal atau komen-komen yang berfakta dan sahih serta sesuai dengan blog kami iaitu blog pendidikan.
Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan idea dan tenaga menyiapkan Blog SK Pendas Laut dengan harapan Adminstrasi Blogger SK Pendas Laut sering mengemaskinikan blog ini agar ia sentiasa relevan sepanjang masa.

Insyaallah, dengan izin Allah sekolah ini akan terus berjaya dengan cemerlang mencapai KRA, KPI dan Standard Kualiti Akademik yang diharapkan serta dapat melahirkan modal insan yang berguna kepada agama bangsa dan negara.  Amin Ya Robbal'alamin.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA"

Wassalam.

En Zainudin Bin Omar
Guru Besar
SK Pendas Laut,
Gelang Patah, Johor Bahru.