Best Blogger Template
Best Blogger Template

SEJARAH

Bangunan sekolah yang pertama telah dibina pada tahun 1942. Hanya ada seorang guru berbangsa Cina yang dikenali sebagai "Cikgu Teacher".  Beliaulah yang pertama mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris dan rumi kepada penduduk Kg. Pendas Laut.
     Bangunan Kedua dibina pada tahun 1948 (En. Johar b. Abd Rahman)- seorang guru yang berpengalaman dalam berbagai bidang dengan dibantu oleh Awang b. Lamin, iaitu bekas Ketua Kampung. Untuk menambah punca pendapatan untuk menyara keluarga, beliau juga bekerja sebagai nelayan. Gaji guru dibayar oleh penduduk dengan imbuhan sebanyak RM13.00 sebulan.
     Bangunan ketiga dibina pada tahun 1952,yang diterajui oleh dua orang guru melayu yang bernama En. Ali b. Kamis dan En. Isa b. Abd Rahman. Sistem Pendidikan formal bermula dengan pembinaan sebuah bangsal dari daya usaha penduduk kampung. Dia dilaksanakan tanpa mengambil kira factor usia dan tiada pakaian seragam. Gaji guru pada masa tersebut ialah RM43.00 yang dibiayai oleh kerajaan. Rumah kediaman guru telah dibina oleh penduduk kampung.
  Pada 1953, kerajaan bersama penduduk setempat telah membina sebuah bangunan sekolah berbumbungkan zink, berdindingkan separuh kayu dan berlantaikan tanah.
    Pada tahun 1958, sebuah bangunan telah dibina dengan peruntukan oleh kerajaan negeri. Bangunan ini kekal sehingga tahun 2002.
     Bangunan keempat telah dibina pada tahun 2002 (bangunan pada hari ini) yang pada asaasnya mempunyai tiga buah kelas dan sebuah pejabat. Walaubagaimanapun sekolah ini belum mempunyai bilik sains, bilik kemahiran hidup, pusat sumber dan bilik-bilik khas. Atas daya usaha PIBG, untuk memajukan sistem pendidikan anak-anak di Pendas Laut. Sekolah ini telah mempunyai sebuah makmal komputer, sebuah kantin dan pondok pengawal keselamatan.
Pada tahun 2005, Pusat Sumber telah dinaikkan taraf dengan membina sebuah bangunan kayu yang merupakan bangunan asal terakhir  telah digantikan dengan bangunan konkrit.
     Pada tahun 2006, hasil usaha gigih Tuan Hj. Melan Bin Lamin iaitu Pengerusi PIBG SK Pendas Laut bersama En. Ismail Bin Abdul Rahim, Guru Besar SK Pendas Laut telah berjaya mendapatkan bangunan baru untuk Pra Sekolah agar kanak-kanak mendapat pendidikan awal yang sempurna sebelum melangkah ke alam sekolah rendah. Pra Sekolah ini memulakan sesi pertama pada tahun 2007 dengan 13 orang murid.
      Pada tahun 2007, En. Ismail Bin Abdul Rahim, Guru Besar SKPL telah dinaikkan pangkat ke PPD dan digantikan oleh Tuan Haji Mohd Kamilan Bin Elias sebagai guru besar yang baru. Beliau telah memberikan wajah baru pada bangunan pejabat SKPL dengan hasil tangannya sendiri dengan lukisan yang segar dan ceria.




SENARAI NAMA GURU BESAR 
'JASAMU DIKENANG'


1.     EN JOHAR B. ABDUL RAHMAN
2.     EN ALI B. KAMIS
3.     EN ISA B. ABD RAHMAN
4.     EN SEMBOB B. KASIM
5.     EN RAZAK B. DAUD
6.     EN MOHAMAD B. SAMAN
7.     EN AHMAD B. JAAFAR
8.     EN MISBAH B. DAMIN
9.     EN OTHMAN B. IBRAHIM (1992-1995)
10. EN HASHIM B. SERKON (1995-1996)
11. EN ABDULLAH B. SALLEH (1996-1998)
12. EN FAUZI B. M.NOH (1998-2000)
13. EN ISA B. ABU (2000-2001)
14. TN SYED SALLEH B. SYED HASSAN (2001-2001)
15. EN SUNGKONO B. A.HAMID (2002-2003)
16. TN HJ MOHD NOH B. HJ SAHAN (2003-2004)
17. TN HJ YACOB B. MOHAMED (2004-2006)
18. EN ISMAIL B.ABD RAHIM (2006)
19. TN HJ MOHD KAMILAN B. HJ ELIAS (2006-2010)
20. EN SARI'AT B. MOKMIN (2011- 2012)
21. EN ZAINUDIN BIN KASMANI (2012-KINI)