Best Blogger Template
Best Blogger Template

Sunday 17 June 2012

Bengkel NIE 2012


Tanggal 13 Febuari lalu. Pihak UEM Land dengan kerjasama The Star Newspaper telah menganjurkan bengkel NIE (Newspaper in Education) bertempat di SK Tiram Duku, Gelang Patah, Johor Bahru. Bengkel ini diadakan untuk mendedahkan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dengan menggunakan surat khabar. Penceramah undangan bagi bengkel ini ialah Cik Cortina Rauz, seorang guru pakar Bahasa Inggeris yang kini bergerak secara bebas dan aktif dalam menjayakan bengkel-bengkel Bahasa Inggeris di seluruh negara. Pada sesi yang pertama, para murid didedahkan kepada bahagian-bahagian tertentu di dalam Surat Khabar Bahsa Inggeris seperti headlines, sub headlines, blurb, advertisement dan lain-lain. Seksyen-sekyen di dalam surat khabar turut diperkenalkan seperti national, world, entertainment dan lain-lain. Seterusnya murid-murid menggunakan gam dan gunting yang disediakan untuk mengelaskan bahagian dan seksyen surat khabar ke atas kertas A3 yang disediakan. Pada sesi yang kedua, penceramah menulis senarai objek-objek di atas papan hitam dan para murid perlu mencari kesemua objek-objek yang dikhendaki lalu gunting dan lekatkan atas kertas A3 yang disediakan. Tugas ini menguji pengetahunan singular dan plural nouns. Bengkel ini bukan sahaja bermanfaat kepada murid-murid namun guru-guru juga dapat menambahkan ilmu tentang surat khabar dan mengasah kreativit untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran kelak. Terima kasih kepada Pihak UEM Land dan The Star atas usaha murni mereka untuk menjayakan bengkel ini.





Para pelajar terlibat, (dari kiri) Alif Azwan, Mohd Fazrullah, Ikhwan Hakimi, Mohd Syahmi, Siti Nurfatiha dan Siti Najwa bersama Cortina Rauz, penceramah.


No comments:

Post a Comment